Gastrik / Angin Perut
GASTRIK / ANGIN PERUT
Ulser peptic ditakrif sebagai luka kecil yang
terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dipanggil duodenal
ulcer) ataupun perut (dipanggil gastric ulcer). Ulser ini selalunya benign
(tidak menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan kecil ulser ini
boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).
Apakah yang menyebabkan terjadinya penyakit
ini?
Penyakit ini dipercayai
disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus.
Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.
Bagaimanapun, pada tahun
1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria
Helicobacter pylori (lebih biasa dikenali sebagai H. pylori) dengan ulser.
Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini
boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan
sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.
Apakah faktor yang mempengaruhi penyakit
ini?
Antara faktor-faktor
yang perlu diperhatikan ialah:
![]() |
pengambil ubat-ubat tahan
sakit seperti aspirin, brufen dsb. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal
anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang
dihidapi.
|
![]() |
orang yang lebih tua,
berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat
tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi), atau sebab-sebab
lain.
|
![]() |
penyakit tertentu seperti
Crohn's disease dan Zollinger-Ellison syndrome
|
![]() |
hal-hal yang berkaitan
dengan reflux. Kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bile masuk ke
dalam perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, pylorus boleh
merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku.
|
![]() |
orang yang berdarah jenis
A.
|
![]() |
pengambilan kafein dan
alkohol berlebihan.
|
![]() |
perokok.
|
![]() |
pemakanan yang tidak
terurus.
|
![]() |
stress (tekanan) secara
tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.
|
Tanda-tanda
Pesakit akan mengalami
satu atau lebih tanda-tanda di bawah ini:
![]() |
sakit perut dan rasa
tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut
|
![]() |
rasa pening
kepala.
|
![]() |
mengalami angin. Terasa
sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang
kerap.
|
![]() |
muntah.
|
![]() |
badan rasa lemah
lesu.
|
![]() |
berat badan
menurun.
|
![]() |
najis menjadi hitam atau
gelap (kerana ia sebati dengan darah).
|
Langkah-langkah yang boleh anda lakukan
Langkah-langkah untuk
melegakan penyakit ulser perut ini termasuklah:
![]() |
makan yang kerap. Ambil
makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada
kosong.
|
![]() |
rehat yang lebih.
|
![]() |
jauhkan daripada
perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser
(sila rujuk di
atas).
|
![]() |
pengambilan makanan yang
mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur
membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut.
|
![]() |
ambil vitamin C 100mg
untuk mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kaser
perut.
|
![]() |
tambahkan zink dalam
pemakanan untuk proses penyembuhan.
|
![]() |
pengambilan probiotik
(bakteria baik) hendaklah diamalkan.
|
Ubat-ubat yang boleh diambil
Antara ubat yang selalu
diberikan untuk melegakan gastrik ialah :
![]() |
antacids. Ubat-ubat ini
melawan asid (anti-asid). Antara jenama terkemuka ialah seperti Actal, Gelusil,
Mylanta, dsb. Antacids yang mengandungi aluminium boleh menyebabkan sembelit
manakala yang mengandungi magnesium boleh menyebabkan cirit-birit sekiranya
diambil berlebihan. Ubat-ubat ini selalunya dalam bentuk cecair atau tablet yang
dikunyah. Antacids adalah ubat-ubatan yang selalu diberikan sekiranya anda
mengambil ubat-ubat tahan sakit, dan penggunaannya dalam keadaan ini boleh
menghalang berlakunya
gastrik.
|
![]() |
H2receptor antagonists
seperti Zantac (Ranitidine), Tagamet (Cimetidine), Axid (Nizatidine) dan
Pepcidine (Famotidine) - dalam kurungan adalah bahan aktifnya.
|
![]() |
proton pump inhibitors
seperti Losec (Omeprazole) dan Lansoprazole.
|
![]() |
prostaglandin analogues
seperti Cytotec
(Misoprostol).
|
![]() |
ubat-ubat terbaru untuk
merawat ulser ini adalah bertujuan untuk membunuh H. pylori. Pengambilannya
hendaklah diteruskan selama satu hingga dua minggu. Antara rawatan yang popular
ialah pengambilan Losec (Omeprazole) bersama-sama dengan Clarithromycin dan
Metronidazole selama dua minggu. Ketiga-tiga ubat ini diambil sekali.
|
Ulser didapati sering
berulang-ulang terutama sekiranya H.pylori tidak dibunuh. Dalam erti kata lain,
pengambilan ubat-ubatan selain daripada yang boleh membunuh bakteria H. pylori
adalah sebagai langkah yang berterusan. Pesakit yang mengambil ubat untuk
membunuh bakteria H. pylori selalunya (90%) tidak lagi mengalami masalah ulser
selepas itu.
Kajian terkini mendapati
ada kaitan antara H. pylori dengan kejadian kanser perut. Di Colombia dan China,
di mana kehadiran H. pylori dalam usus adalah biasa, peratusan yang menghidapi
kanser perut adalah tinggi.
H. pylori boleh
berjangkit melalui air minuman dan pemakanan. Ia juga boleh berjangkit melalui
air liur (seperti bercumbuan).
Sekiranya ulser tidak
dikawal ia boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk lagi:
![]() |
haemorrhage iaitu
pendarahan dalaman yang teruk. Akibatnya pesakit akan kehilangan banyak darah.
Pesakit juga mungkin muntah darah dan mendapati darah dalam najis mereka.
|
![]() |
lubang akan terbentuk di
dalam lapisan usus. Ini boleh menyebabkan acute peritonitis dan memerlukan
pembedahan segera.
|
![]() |
perjalanan makanan dalam
usus boleh terhalang bila terdapat parut hasil daripada ulser tersebut. Ini
menyebabkan pesakit muntah dan boleh menurunkan berat badan.
|
Comments
Post a Comment